14 November 2013

Promosi Hujung Minggu 16hb - 17hb November 2013

 
PROMOSI HUJUNG MINGGU....!!!!

KEK MARBLE COKLAT/ KEK MARBLE PELANGI BERHARGA RM19.00/biji SAHAJA DENGAN PEMBELIAN 2 BIJI KEK. TERHAD KEPADA 3 PELANGGAN SAHAJA.
 
~TEMPAHAN TAMAT SEHINGGA ESOK 15HB NOV 2013 JAM 3 PETANG~
 
~SELF PICK UP SAHAJA, SILA AMBIL PADA 17hb NOVEMBER 2013~
 
~PROMOSI HANYA SELAMA 2 HARI SAHAJA~
 
~SILA TELEFON/SMS/WHATSAP 013-781 2461 SHUHADAH~

07 June 2013

Tempahan Hari Raya Dibuka sekarang...!!!

Assalammualaikum semua,

Pejam celik pejam celik kita dah memasuki pertengahan tahun 2013. Tak lama lagi akan menyambut bulan puasa yang mulia. Seperti biasa, tempahan untuk raya saya dah boleh terima. Walaupun sekarang sudah bekerja, Alhamdulillah saya masih boleh menyelesaikan tempahan customer yang banyak. Jadi, untuk memudahkan kerja semua orang diharapkan customer saya boleh menempahnya dengan LEBIH AWAL...sekurang-kurangnya 3 hari sebelum majlis. Terutama tempahan yang 'bulky'..Bukan apa, jika anda semua order last minit, saya takut kek dihantar tidak memuaskan hati pelanggan dan hati saya sendiri. Bahan-bahan juga harus dibeli 'fresh' agar kualiti kek terjaga...Okay, harap pelanggan saya faham dengan perkara ini... :))

Untuk tempahan, anda boleh CALL/SMS/WHATSAP/PM di FACEBOOK nombor hp
(013-781 2461) Shuhadah
Insyallah, saya pasti akan membalas secepat mungkin pertanyaan/tempahan anda.

Kek Marble Coklat & Marble Trio Pelangi adalah
BEST SELLER pada raya tahun 2012,
 Alhamdullilah...:)
 

 
Antara tempahan-tempahan yang telah siap untuk di hantar
kepada pelanggan-pelanggan "Qaseh Punya Kek"
(May 2013)
 

 

25 October 2012

Harga Terkini 2012

Salam 1 Malaysia,

Walaupun terdapat kekangan masa (sudah bekerja), alhamdulillah saya masih boleh menyiapkan tempahan kek yang ditempah pelanggan2 saya. Walaupun agak terkejar2 dek masa, kek siap dihantar kepada pelanggan tepat pada masanya.

Untuk pengetahuan, harga kek telah berubah. Ini adalah kerana kos bahan mentah yang semakin meningkat. Sebenarnya saya sudah lama ingin 'mengupdate' harga. Setelah mengira kos semasa, dengan ini adalah harga terbaru produk-produk kek saya:
  • KEK MARBLE COKLAT (RM23.00/sebiji)
  • KEK MARBLE PELANGI (RM23.00/sebiji)
  • KEK COKLAT MOIST (BESAR= RM25.00/sebiji)
  • KEK COKLAT MOIST (KECIL= RM10/sebiji)-minimum 3pcs
Diharapkan pelanggan lama/pelanggan baru sedia maklum dengan harga di atas. Harga terbaru ini adalah di atas pengiraan bahan kos mentah yang tinggi. Saya harap anda berpuas hati dengan harga terbaru ini. Insyallah, harga yang baik akan dapat pulangan yang baik. Saya akan beri yang terbaik pada hasilnya nanti.

*Untuk tempahan/pertanyaan, boleh call/sms/whatsap:
013-781 2461(Shuhadah)          

13 October 2012

Tempahan Untuk Raya Haji 2012

Salam,

Atas permintaan, kini saya kembali dengan jualan kek saya. Setelah berehat agak lama, saya kembali menguji pasaran kek yang semakin rancak. Dan seperti biasa, saya sudah mula mengambil tempahan untuk perayaan raya haji dan majlis-majlis kecil.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila telefon/sms ke no: 013-781 2461(Shuhadah).
Jenis-jenis kek ialah:
  • Kek Marble Butter Coklat
  • Kek Marble Butter Pelangi
  • Kek Coklat Moist
  • Kek Kukus Gula Hangus


29 November 2011

Chocolate Moist Cake w Ganache Chocolate

Bekas kecil : RM10.00
Minimum Order: 2 bekas 

Bekas Besar: RM20.00
Minimum Order: 1@2 bekas

*Untuk tempahan, sila call @ sms saya di 013-781 2461*

Tempahan semalam 28/11/2011

Temapahan lagi pada hari semalam. Repeat order dari customer yang tinggal di Taman Putra Mas, Jalan Kuching. Emmm...penghantaran kali ini tidak berjalan dengan lancar..kuasa Allah hujan dengan lebatnya masa hubby dah sampai kat Jalan Mahameru...Dari nak hantar pukul 1pm membawa ke pukul 2pm lebih...Perut pun dah lapar. Mana nak gie KL Sentral lagi amik tiket. Kiranya semua serba tak menjadilah semalam. Mood pun berubah terus...Harap2 cust ni boleh makan dengan enaklah kek saya tu....Terima kasih!

Tempahan Paling Banyak

Tarikh: 24 November 2011
Penghantaran: Ambil sendiri di rumah saya
Tempahan pada kali ini agak besar kerana telah ditempah oleh my sis Along di Kelana Jaya. 5 biji Marble Coklat dan Marble Pelangi di ambil pada hari Jumaat 25/11/2011 untuk di bawa ke kampung abang ipar di Bahau, Negeri Sembilan. Ada kenduri katanya....Terima kasih sebab menempah dengan banyak sehingga nak ambil gambar pun nampak kaki tu....Tolong abaikan kaki itu....!!!! Hehehehehehe....

28 November 2011

Tempahan Kek Coklat

Tempahan kek coklat di atas adalah dari Sity Rahayu http://www.facebook.com/sityrahayu.iberahim masa sambutan Hari Raya Aidiladha tempohari. Dah simpan terlalu lama sampai lupa nak upload dalam blog. Sebenarnya kek ni buat dah banyak kali...ramai jugak yang dah order tapi entah mana gambar2 semua dah hilang...Pelik-pelik...cuma yang ini je dapat diselamatkan...Almaklumlah, pakai HP cam arnab je...hehehehehe...Apa2 pun terima kasih kepada Pn Ayu...Kali ini suami dia yang ambil kat rumah sebab mereka kawan kami...

16 October 2011

Tempahan Kak Liza (Amcorp Mall)

Tarikh: 14/10/2011
Penghantaran: Amcorp Mall 10am
Tempahan repeat order dari Kak Liza http://www.facebook.com/norliza.husain dari Amcorp Mall. Beliau tempah 2 biji Marble Coklat. Seawal pagi saya bangun sebelum si kecik bangun saya cuba menyiapkan ke2 biji kek tersebut. Alhamdulillah, kek dapat dihantar dalam keadaan panas-panas lagi ke pejabat beliau.
Marble Coklat RM20.00/box

Tempahan Kak Jamiah (Amcorp Mall)

Tarikh: 13/10/2011
Penghantaran: Amcorp Mall, PJ Tower
Masa: 6pm
Temapahan kali ini dibuat oleh Kak Jamiah http://www.facebook.com/profile.php?id=840598765&sk=wall dari Amcorp Mall. Kali ni beliau tempah Marble Cheese Cake untuk dibawa ke Kelantan katanya. Tempat dituju adalah Tanah Merah, Kelantan. Dan kali ni beliau adalah customer pertama yang suruh potong kek tu kecil-kecil. Apa2 pun, terima kasih tau Kak Jam...lepas2 ni leh order lagi...
Marble Cheese Cake RM35.00/box