29 November 2011

Chocolate Moist Cake w Ganache Chocolate

Bekas kecil : RM10.00
Minimum Order: 2 bekas 

Bekas Besar: RM20.00
Minimum Order: 1@2 bekas

*Untuk tempahan, sila call @ sms saya di 013-781 2461*

Tempahan semalam 28/11/2011

Temapahan lagi pada hari semalam. Repeat order dari customer yang tinggal di Taman Putra Mas, Jalan Kuching. Emmm...penghantaran kali ini tidak berjalan dengan lancar..kuasa Allah hujan dengan lebatnya masa hubby dah sampai kat Jalan Mahameru...Dari nak hantar pukul 1pm membawa ke pukul 2pm lebih...Perut pun dah lapar. Mana nak gie KL Sentral lagi amik tiket. Kiranya semua serba tak menjadilah semalam. Mood pun berubah terus...Harap2 cust ni boleh makan dengan enaklah kek saya tu....Terima kasih!

Tempahan Paling Banyak

Tarikh: 24 November 2011
Penghantaran: Ambil sendiri di rumah saya
Tempahan pada kali ini agak besar kerana telah ditempah oleh my sis Along di Kelana Jaya. 5 biji Marble Coklat dan Marble Pelangi di ambil pada hari Jumaat 25/11/2011 untuk di bawa ke kampung abang ipar di Bahau, Negeri Sembilan. Ada kenduri katanya....Terima kasih sebab menempah dengan banyak sehingga nak ambil gambar pun nampak kaki tu....Tolong abaikan kaki itu....!!!! Hehehehehehe....

28 November 2011

Tempahan Kek Coklat

Tempahan kek coklat di atas adalah dari Sity Rahayu http://www.facebook.com/sityrahayu.iberahim masa sambutan Hari Raya Aidiladha tempohari. Dah simpan terlalu lama sampai lupa nak upload dalam blog. Sebenarnya kek ni buat dah banyak kali...ramai jugak yang dah order tapi entah mana gambar2 semua dah hilang...Pelik-pelik...cuma yang ini je dapat diselamatkan...Almaklumlah, pakai HP cam arnab je...hehehehehe...Apa2 pun terima kasih kepada Pn Ayu...Kali ini suami dia yang ambil kat rumah sebab mereka kawan kami...