16 October 2011

Tempahan Kak Liza (Amcorp Mall)

Tarikh: 14/10/2011
Penghantaran: Amcorp Mall 10am
Tempahan repeat order dari Kak Liza http://www.facebook.com/norliza.husain dari Amcorp Mall. Beliau tempah 2 biji Marble Coklat. Seawal pagi saya bangun sebelum si kecik bangun saya cuba menyiapkan ke2 biji kek tersebut. Alhamdulillah, kek dapat dihantar dalam keadaan panas-panas lagi ke pejabat beliau.
Marble Coklat RM20.00/box

Tempahan Kak Jamiah (Amcorp Mall)

Tarikh: 13/10/2011
Penghantaran: Amcorp Mall, PJ Tower
Masa: 6pm
Temapahan kali ini dibuat oleh Kak Jamiah http://www.facebook.com/profile.php?id=840598765&sk=wall dari Amcorp Mall. Kali ni beliau tempah Marble Cheese Cake untuk dibawa ke Kelantan katanya. Tempat dituju adalah Tanah Merah, Kelantan. Dan kali ni beliau adalah customer pertama yang suruh potong kek tu kecil-kecil. Apa2 pun, terima kasih tau Kak Jam...lepas2 ni leh order lagi...
Marble Cheese Cake RM35.00/box

12 October 2011

Repeat Order Dari Cikgu Lini

Tarikh: 7 Oktober 2011
Penghantaran: 9 malam di Plaza Tol NPE
Sekali lagi Cikgu Lini dari Keramat telah menempah sebiji kek marble pelangi untuk di bawa ke kenduri di Shah Alam. Penghantaran dibuat oleh suami saya sendiri. Terima kasih, Cikgu Lini....
Kek ni kurang satu warna - takde warna hijau!!!

Tempahan Kek Kukus Gula Hangus Di Musim Haji

Salam semua,
Sempena musim haji tak lama ni kebanyakan dari saudara mara kita yang akan menunaikan haji di Mekah Mukarramah. Memang sekarang ini pihak Tabung haji sudah menyediakan kelengkapan makanan untuk para jemaah haji kita di sana. Tetapi apa salahnya jika kita menghadiahkan saudara mara @ ibu bapa dengan sebiji kek sebagai kenangan mereka di sana...Insyallah, kek kukus ini tahan lama jika di bawa ke sana kerana dikukus agak lama. Alhamdulillah, kek kukus ini pernah di 'terbang'kan ke sana....
Untuk itu, saya dengan seikhlas hati menerima tempahan kek kukus dari anda sekiranya anda berminat. Dengan berharga RM45.00, anda akan menerima kek kukus yang 'moist' dan memberinya kepada orang yang anda sayangi. Insyallah, jika niat kita ikhlas memberi, pasti kek itu akan lebih enak.Terima kasih..!!!

Nama kek: Kek Kukus Gula Hangus
Harga: RM45.00 sebiji
Berat: 1.5kg
Info:
- Kemanisan kek ikut permintaan pelanggan

- Packaging: Bekas plastik tahan panas & plastik 
- Dikukus selama 3jam


Tempahan Kak Ina (Kelana Jaya)

Tarikh: 9 Oktober 2011
Penghantaran: 1.30 petang
Akhirnya, kek coklat moist berjaya juga di'baking'kan dan dihantar ke Kelana Jaya untuk Kak Ina. Beliau kata nak try dulu sebekas. Takpelah, aku terima juga kerana tempat nak hantar pun dah familiar...Takde masalah nak hantar...Semasa suami saya deliver, kek masih suam-suam kuku dan coklat pun masih mencair...Yumm...yummm..suami saya terliur, katanya...Nanti saya buat untuk dia...Terima kasih, Kak Ina!!!
Kek Coklat Moist yang ditaburi coklat rice dan disaduri oleh ganache coklat...aduuhhh!!!

Tempahan Nina Enna (Hulu Langat)

Tarikh: 30/9/2011
Penghantaran: 6pm
Salam, ini pula tempahan yang dibuat oleh Nina Enna Sulaiman  http://www.facebook.com/ninaenna dari Hulu Langat. Kenal kat Facebook je. Dia kata nak try Marble Cheesecake + Lemon...So, dia dapat harga yang aku offer..Disebabkan dia cust baru, dia bank in 50% deposit ke akaun. Bukan tak percaya tapi dah terkena ngan orang lain. Malaslah nak cerita...mengaibkan orang plak...kan tak elok! Jadikkan pengajaran sudah...hehehehehe...anywhere, kek Nina agak ter'bakor' sikit kerana sibuk melayan karenah anak dan bonda yang datang ke Kuala Lumpur petang itu. Tapi saya harap isinya masih lembut di dalam....thank, Nina...!!!
Kek agak ter'bakor' sikit...Maaf, Nina....!!!