12 October 2011

Tempahan Kek Kukus Gula Hangus Di Musim Haji

Salam semua,
Sempena musim haji tak lama ni kebanyakan dari saudara mara kita yang akan menunaikan haji di Mekah Mukarramah. Memang sekarang ini pihak Tabung haji sudah menyediakan kelengkapan makanan untuk para jemaah haji kita di sana. Tetapi apa salahnya jika kita menghadiahkan saudara mara @ ibu bapa dengan sebiji kek sebagai kenangan mereka di sana...Insyallah, kek kukus ini tahan lama jika di bawa ke sana kerana dikukus agak lama. Alhamdulillah, kek kukus ini pernah di 'terbang'kan ke sana....
Untuk itu, saya dengan seikhlas hati menerima tempahan kek kukus dari anda sekiranya anda berminat. Dengan berharga RM45.00, anda akan menerima kek kukus yang 'moist' dan memberinya kepada orang yang anda sayangi. Insyallah, jika niat kita ikhlas memberi, pasti kek itu akan lebih enak.Terima kasih..!!!

Nama kek: Kek Kukus Gula Hangus
Harga: RM45.00 sebiji
Berat: 1.5kg
Info:
- Kemanisan kek ikut permintaan pelanggan

- Packaging: Bekas plastik tahan panas & plastik 
- Dikukus selama 3jam


No comments:

Post a Comment