29 September 2011

SENARAI HARGA KEK SEMASA 2012

Berikut adalah harga yang ditawarkan kepada pelanggan. Ini memudahkan pelanggan mengetahui harga secara terang tanpa ada harga tersembunyi. Pembelian secara banyak harga boleh dibincangkan. 

Kek Marble Coklat 
Harga: RM20.00 pcs



Kek Marble Pelangi 
Harga: RM20.00 sebiji

Kek Marble Coklat Cheese + Lemon
Harga: RM35.00 sebiji


Kek Coklat Moist 
Bekas Sederhana: RM10.00 sebekas
Bekas Besar: RM20.00 sebekas

Senarai harga kek yang lain adalah:

Kek Butter berperisa Oren (RM18.00)
Kek Butter Pure (RM18.00)
Kek Pisang Chocolate Rice (RM18.00)
Oreo Cheesecake (RM45.00) - akan datang!

Untuk produk yang akan datang, saya akan mengupdate harga tidak lama lagi. Buat masa ini, ini sahaja produk kek yang mampu saya lakukan. Alhamdulillah ianya semakin berkembang dan selalu mendapat tempahan berulang dari pelanggan. Semoga anda berpuashati dengan hasil yang saya lakukan, terima kasih...

CARA-CARA MENEMPAH

Di sini saya ingin memberitahu cara-cara untuk menempah kek atau lain2. Ini adalah untuk memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan saya.

*Setelah memilih kek, anda boleh direct call/sms ke nombor saya (013-781 2461),

*Selepas berbincang, sila sms NAMA, NO HP, ALAMAT RUMAH, MASA & TARIKH PENGHANTARAN dengan segera.

*Anda mesti BANK IN kan deposit sebanyak 50% ke dalam akaun saya. Ini adalah untuk memastikan pelanggan saya setia dan CONFIRM dengan tempahan yang telah di buat. Selebihnya 50% lagi boleh
di bayar secara COD semasa penghantaran/pengambilan. Deposit yang telah di bank in tidak boleh dipulangkan semula jika tempahan yang anda buat, DIBATALKAN oleh anda sendiri. Sekiranya pembatalan itu datangnya dari saya sendiri, maka deposit anda akan saya pulangkan...Jangan risau, duit anda selamat!

*Bila anda sudah melakukan transaksi, sila SMS/CALL saya dengan segera kerana memudahkan saya untuk melakukan penyediaan bahan. Harus diingatkan, saya hanya beli barang-barang yang segar sahaja seperti telur, susu, mentega dan lain-lain. Ini memastikan kek yang dihantar kepada pelanggan bermutu tinggu dan berkualiti.

*Maka selepas itu, setelah kek siap di masak saya akan memaklumkan kepada pelanggan untuk penghantaran.

Tempahan Cikgu Lini (Keramat)

Tarikh: 26 September 2011
Masa: 8.30 malam
Tempahan ini adalah dari Cikgu Lini from Keramat. Beliau order 2 jenis kek iaitu Marble Pelangi dan Marble Coklat Cheese + lemon. Mula-mula janji nak hantar kat AU2. Tapi jarak agak jauh jugak dari rumah saya. So, buat keputusan jumpa kat Kg Baharu je. Kek tu nak dibawanya ke sekolah, katanya ada POT LUCK..Sampai je kat rumah, Cikgu Lini terus sms katanya kek sungguh sedap, nak repeat order lagi...Alhamdulillah, terima kasih Cikgu Lini & congratulation for your newborn baby...


28 September 2011

Tempahan Kak Leen (Taman Sri Sentosa, PJ)

Tarikh: 24 September 2011
Masa: 12 tengahari
Tempahan ini pula adalah dari Kak Leen dari Taman Sri Sentosa. Dekat je ngan rumah saya. Ini juga adalah repeat order dari Kak Leen. 2 biji di tempah iaitu Marble Coklat dan Pure Butter. Ada open house katanya. Terima kasih sekali lagi....

27 September 2011

Tempahan Kak Razmah (Taman Dato' Senu, Sentul)

Tarikh: 24 September 2011
Masa: 10 malam
Oleh kerana blog baru, maka takdelah gambar2 terdahulu saya...So, untuk tempahan bergambar terbaru ini adalah dari tempahan Kak Razmah http://www.facebook.com/wanmama  again from Taman Dato' Senu, Sentul pada 24/9/2011. Seperti biasa, kek yang biasa beliau tempah adalah Marble Coklat sebanyak 2 biji. Walaupun saya hantar lewat malam lebih kurang 10 malam ke atas, beliau masih sudi menjamu kami dengan Domino's Pizza...sedap sangat...Terus beliau potong kek tu depan saya...malu saya, kek tak seberapa nak cantik...Terima kasih sekali lagi...!!!



Homemadetasted berpindah ke blog baru....Harap maklum!

Assalamualaikum & salam sejahtera semuanya....Setelah berhempas pulas memikirkan alamat email & password homemadetasted.blogspot.com yang tak hingat, akhirnya saya nekadkan diri untuk berpindah ke blog baru. Terpaksalah saya memikirkan idea2 baru untuk memeriahkan blog terbaru saya ini. Jadi dengan itu, mulai hari ini, segala maklumat berkaitan penjualan kek bolehlah di dapati di blog ini. Insyallah, saya akan update harga-harga baru, gambar2 kek yang terbaru serta tawaran hebat yang bakal saya anjurkan. Selain itu, maklumat-maklumat terbaru selain dari penjualan kek juga akan diberitahu di sini. Harap anda semua tidak terlepas untuk mengetahuinya...
Sesiapa yang ingin melihat tempahan-tempahan yang lepas, bolehlah lawati blog lama di http://homemadetasted.blogspot.com/...Blog sini saya hanya upload gambar2 baru sahaja...
Sekian, terima kasih...