29 September 2011

CARA-CARA MENEMPAH

Di sini saya ingin memberitahu cara-cara untuk menempah kek atau lain2. Ini adalah untuk memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan saya.

*Setelah memilih kek, anda boleh direct call/sms ke nombor saya (013-781 2461),

*Selepas berbincang, sila sms NAMA, NO HP, ALAMAT RUMAH, MASA & TARIKH PENGHANTARAN dengan segera.

*Anda mesti BANK IN kan deposit sebanyak 50% ke dalam akaun saya. Ini adalah untuk memastikan pelanggan saya setia dan CONFIRM dengan tempahan yang telah di buat. Selebihnya 50% lagi boleh
di bayar secara COD semasa penghantaran/pengambilan. Deposit yang telah di bank in tidak boleh dipulangkan semula jika tempahan yang anda buat, DIBATALKAN oleh anda sendiri. Sekiranya pembatalan itu datangnya dari saya sendiri, maka deposit anda akan saya pulangkan...Jangan risau, duit anda selamat!

*Bila anda sudah melakukan transaksi, sila SMS/CALL saya dengan segera kerana memudahkan saya untuk melakukan penyediaan bahan. Harus diingatkan, saya hanya beli barang-barang yang segar sahaja seperti telur, susu, mentega dan lain-lain. Ini memastikan kek yang dihantar kepada pelanggan bermutu tinggu dan berkualiti.

*Maka selepas itu, setelah kek siap di masak saya akan memaklumkan kepada pelanggan untuk penghantaran.

No comments:

Post a Comment